a story that we just can watch and laugh when we see this world as a wonderful drama that will never end

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Pages

Friday, May 25, 2012

Pray For Immortal

Teringat dikala mula perkenalan, mula-mula aku melihat kamu, hati aku berkata, aku akan mengenali kamu lebih dari melihat kamu. Hati aku selalu tepat, aku lebih mengenali kamu sekarang, rapat dan terlalu rapat. Dulu, aku hanya menjeling kamu dari jauh, betul-betul jauh, sehinggakan kamu tidak tau akan kewujudan aku. Sehingga suatu ketika, kamu sendiri yang cuba mengenali aku, tapi, mungkin masih lagi tiada jodoh, dan aku lepaskan peluang itu. Tapi aku tidak menyesal, mungkin jika aku mengenalimu tika itu, hubungan kita hanya sementara. Ditakdirkan, kemudian, kita bersua kembali. Dan bermula segala cerita, segala perkenalan, sehinggakan aku dipermainkan oleh diri kamu, ditipu.


Berkat kesabaran aku, cara berfikir aku, lebih mementingkan kebahagiaan kamu, akhirnya, kita masih bersama sekarang. Tiap kali perhubungan diputuskan, kamu masih mencari aku, begitu juga aku. Segala buruk kamu, jahat kamu , baik kamu, manis kamu, nakal kamu.. semua berlaku dideepan mata aku.. begitu juga aku.. tiada rahsia berlaku.


Mungkin ini, kerana kita telah terlampau bersama, kita masih bersama. Dan aku berdoa, agar ia berkekalan, dengan kebahagiaan kita kini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: